Kamis, 30 Desember 2010

Anakku yang sholeh

Ustaz, saya ingin bertanya: Saya menjaga ibu saya yang uzur Saya membasuh kemaluan ibu saya. Bagaimana dengan puasa saya… . Ustaz bertanya ‘Adakah saudara sudah berkahwin? ‘Pemanggil menjawab ‘Belum Ustaz’ . Ustaz menjawab ‘Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara’… Setelah sambungan putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran pemuda pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar percakapan itu dan berpikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan pemuda itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat pemuda itu sebagai suaminya Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di kota menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terburu-buru, pantas berlari keluar dari mobil. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. pikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake mobilnya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di mesjid yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, “Subhanallah! ‘Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.’Mak sakit perut rupanya,’ bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan menaikan celana. Najis disodok dan dibuangkan. pipa ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terburu-buru sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai ember dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dibersihkan oleh anaknya,seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?’ Tanya siibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Takapalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isya nanti.’ Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang ember. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. ‘Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu….aku bersyukur pada mu Ya Allah!’ sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih……. Rentetan dari peristiwa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar